Saturday, January 8, 2011

Dia

Dia
Penggerak minda serta jiwa
Mengenal erti kata sabar
Mencurah ilmu dengan tawa
Mengajar erti kehidupan sebenar
Dia
Membisik kata kata hikmat
Meniup bara api semangat
Memberi peluang tanpa paksaan
Membuktikan kebebasan tiada kekangan
Dia
Tunggak inspirasi ku
Tiang kasih juga harapan
Dia yang ku namakan guru
Sempurna mendidik tanpa kekerasan


Shaheda Bte Salim
08 Januari 2011

Bisikan Hati


Malam menjelma tanpa disedari
Menggantikan keindahan di siang hari
Wajah sugul tidak diketahui
Mencari-cari jawapan di hati

Rawan itu tiada di hati
Hanya kehancuran yang dirasai
Hati remuk bak baiduri
Di hancur di lebur tiada henti

Pertemuan ini yang ku nanti
Kerna membawa seribu erti
Cinta mampu datang dan pergi
Cinta suci kekal abadi


Shaheda Bte Salim
13 Disember 2010, 2:20am
(Grand Bluewave Hotel, Johore Bahru)